BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya pernah berlaku masalah cirit birit yang teruk menyebabkan ada cecair seperti mukus yang keluar dari dubur saya pada keesokkan harinya. soalan saya ialah adakah cecair yang keluar dari dubur saya itu najis dan perlukah saya membasuh semua tempat yang saya duduk seperti kerusi dan seat kereta. mohon penjelasan kerana saya mengalamai penyakit was was yang agak teruk.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, cecair seperti mukus yang keluar daripada dubur akibat daripada masalah cirit birit itu boleh dikategoprikan juga sebagai najis dan ia perlu dibersihkan. Bagi tempat yang terkena najis tersebut hendaklah dibersihkan dengan dipastikan terlebih dahulu ain najis iaitu bau, warna dan rasa. Bagi tempat yang secara zahirnya tidak terdapat ain najis maka tidak perlu dibersihkan. Sehubungan itu, elakkan daripada perasaan was-was yang melampau, kerana ia adalah dorongan daripada syaitan. Mohonlah perlindungan daripada Allah SWT dan berdoalah semoga amal ibadah yang dilakukan diterima olehNya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 79

message user image