BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Asalamualaikum ustaz.jika kita tersentuh baja tanaman yang kita tidak pasti sumber nya samada dari najis haiwan ayam kambing lembu atau babi. Perlu kah tangan disamak. Jika semasa samak dan terpercik2 adakah bahagian terpercik jugak diwajibkan samak?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, jika tersentuh baja tersebut dalam keadaan puan sendiri tidak pasti sumbernya, maka hendaklah dibasuh seperti biasa sahaja. Tetapi jika jelas terdapat kandungan najis babi pada label/ bungkusan baja tersebut, maka hendaklah disertu. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 169

message user image