BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Salam. Setiap kali nama Rasulullah disebut, kita mesti jawab dengan selawat ke atas nabi. Jadi apakah kita mesti selawat kepada nabi jika disebut, "Muhammad" atau "Rasulullah" atau yang penuh "Rasulullah صلى الله عليه وسلم"?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada persoalan, berselawat hukumnya sunat, ia amat digalakkan kerana besar fadhilatnya sebagai tanda kasih sayang kepada Baginda Rasulallah SAW, kerana ucapan selawat juga dilakukan oleh Allah SWT dan para malaikat seperti firman Allah dalam Surah Al-Ahzab ayat 56,

إِنَّ اللَّهَ وَ مَلَئكتَهُ يُصلُّونَ عَلى النَّبىّ‏ِ يَأَيهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صلُّوا عَلَيْهِ وَ سلِّمُوا تَسلِيماً

Maksudnya : Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya. 

Berselawat adalah suatu ibadah (zikir) yang boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai. Berselawat juga digalakkan ketika nama Baginda disebut dalam apa-apa ungkapan seperti namanya “Muhammad” atau “Rasulullah”. Selain itu Allah SWT akan memberi ganjaran berganda kepada sesiapa yang berselawat kepada kekasihnya Nabi Muhammad SAW seperti kenyataan yang bermaksud: Sesiapa yang berselawat ke atas Aku sekali Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 1642

message user image