BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukum bagi lelaki memakai pakaian bercorak bunga yg sedondon dgn perempuan yg viral pada masa kini?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, orang lelaki diharamkan meniru gaya pakaian orang perempuan, begitu juga sebaliknya. Berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. katanya: لعن رسول الله ﷺ المتشبهين من الرجل بالنساء والمتشبهات من النساء بالرجل Maksudnya : “Rasulullah SAW melaknat orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang perempuan yang menyerupai lelaki”. (Riwayat al-Bukhari) Adapun, pakaian kemeja, batik atau T-shirt lelaki yang bercorak bunga tidaklah dianggap sebagai menyerupai wanita, melainkan jika seorang lelaki itu memakai baju kurung, baju kebaya dan seumpamanya yang memang pakaian sinonim untuk wanita. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 118

message user image