Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Soalan: Assalamualaikum.. saya & suami ade bergaduh sebab suami saya layan porn. Lepas tu saya minta suami berjanji & lafaz kan begini Kalau abang buat lagi, jatuh talak satu ke atas sayang. Suami ikut lafaz secara lisan. Selepas itu, saya pun remind suami di dalam whatsapp tentang apa yang dilafazkan. Begini di dalam whatsapp ✔️ Done lafaz kalau abg buat lagi (tengok porn, video & gambar dgn sengaja) jatuh talak 1 kt syg. Dan suami reply : Kalau abang buat lagi (tengok porn, video & gambar dengan sengaja) jatuh talak satu ke atas sayang. Video & gambar yg dimaksudkan adalah video & gambar porn. Baru-baru ini saya telah menyatakan kerisauan kepada suami. Takut talak jatuh dua. Jadi saya berkata, "takut jatuh dua'. Suami saya yg tidak paham kenapa tiba2 saya kata jatuh dua, terus bertanya "jatuh dua?" Dan saya berkata saya bertanya tentang lafaz sebelum ini. Suami pun "ooh. Abang blur, pagi-pagi ni mengantuk". Dan selepas itu kami berbincang didalam whatsapp. Suami kata tidak paham kenapa saya kata jatuh dua. Ayat suami begini: "Jatuh dua kali tu maksud sayang macam mana? Kalau abang tengok, jatuh sekali. Lepastu nikah tengok lagi, jatuh lagi sekali. Selepas itu kalau nikah balik, baru clear? Macam tu?" Begitulah ayat suami didalam whatsapp. Soalan saya disini sekiranya suami melayan kembali video dan gambar lucah dengan sengaja, adakah jatuh talak 3 ke atas saya? Kerana yg kali pertama adalah lisan, kali kedua beberapa jam selepas lafaz lisan, iaitu didalam whatsapp untuk mengiyakan ayat "done lafaz..." yang saya remind didalam whatsapp. Ayat adalah seperti saya tulis diatas. Manakala kali ketiga ialah selepas sebulan kami berbincang semula tentang ini, tentang kerisauan saya jatuh talak 2, suami taip ayat dalam soalan seperti ayat diatas. Harap pihak tuan dapat jawab kemusykilan ini.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Merujuk kepada persoalan saudara, lafaz taklik : “kalau abg buat lagi (tengok porn, video & gambar dgn sengaja) jatuh talak 1 kt syg.”, itu merupakan lafaz taklik yang soreh (jelas). Justeru, ia memberi kesan ke atas perkahwinan tuan. Oleh itu, jika berlaku seperti keadaan tersebut, maka jatuh hanya talak 1 sepertimana yang dilafazkan. Adalah dinasihatkan tuan mengemukakan perkara ini terus ke Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi menentukan pengesahan lafaz taklik dan status perkahwinan tuan mengikut bidangkuasa pihak mahkamah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih