BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Bolehkah saya memakai rantai yg mempunyai bentuk kaabah dan dibawa masuk dalam bilik air


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, memakai rantai yang berbentuk kaabah sekiranya tidak terdapat kalimah Allah, ayat al-Quran, zikir dan seumpamanya, maka boleh dibawa masuk ke dalam tandas. Tetapi, jika ada maka haram hukumnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 95

message user image