BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: assalamualaikum..saya ada kemusykilan berkenaan kwsp..saya ada buat pengeluaran kwsp..tp kwsp saya bkn kwsp syariah..saya ingin membuat penyucian dividen tetapi saya x tau brapa dividen yg saya dpt dr tahun 2012 sehingga 2018..di dalam website mereka hanya ad tahun 2019 dan 2020..jd apa yg perlu saya buat? soalan saya yg seterusnya..perlukah saya membuat penyucian dividen kwsp itu sekiranya saya membuat pembayaran zakat kwsp?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, 1. Tuan boleh membuat semakan bagi menentukan jumlah dividen bermula pada tahun 2012 – 2018 di Pejabat KWSP yang berhampiran tempat tinggal. 2. Pencarum KWSP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun. Rujukan fatwa : https://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/pewartaan/2005-2009/172-bayaran-zakat-kumpulan-wang-simpanan-pekerja-kwsp-sejurus-pengeluaran-satu-alternatif Penyucian wajib dilakukan selepas ada pilihan syariah jika masih belum bertukar. Adapun, sebelum ada pilihan syariah maka tidak wajib buat penyucian. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 92

message user image