BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Hai ustaz. Saya nak tanya. Saya pernah jual bahan bacaan ebook tapi jalan cerita nya bukan datang daripada saya. Ianya milik orang lain. Jadi dalam kes ini, ia dikira sebagai plagiat. Saya jual dan dapat hasil. Jadi, suatu hari, pemilik sebenar bahan bacaan tersebut menegur saya tentang penjualan tersebut kerana kalau ikutkan hasil daripada jualan saya itu merupakan hasil yang tidak halal. Jadi, saya memohon maaf kepada pemilik tersebut dan dia memaafkan perbuatan saya. Jadi, apakah yang patut saya buat dengan hasil penjualan tersebut?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, secara umumnya, Islam amat mengiktiraf hak milik peribadi dan menghargai pemiliknya, selama mana harta itu diperoleh dengan cara yang dibenarkan oleh Syarak. Islam pada masa yang sama memberi amaran keras dengan menjanjikan azab yang pedih kepada sesiapa juga yang menzalimi hak orang lain. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. dan janganlah kamu membunuh dirimu; Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. Dan barangsiapa berbuat demikian dengan melanggar hak dan aniaya, Maka kami kelak akan memasukkannya ke dalam neraka. yang demikian itu adalah mudah bagi Allah”. (an-Nisa’: 29-30) Justeru, hasil penjualan tersebut perlu dipulangkan, melainkan tuannya kata halal. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 88

message user image