BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya sering mengalami masalah yakin kenajisan sesuatu kemudian ragu-ragu apakah sesuatu itu bernajis. Contohnya, pada satu masa saya yakin satu tempat di rumah saya itu bernajis, kemudian setelah beberapa jam, saya terlupa, apakah perkara yang menyebabkan tempat itu jadi bernajis. Saya jadi ragu-ragu apakah benar tempat itu benar-benar bernajis atau cuma waswas saya sahaja. Apakah tempat ini boleh dianggap tidak najis karena saya tidak ingat penyebab yang menjadikan ia bernajis?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, apa yang saudara alami pada ketika itu adalah was-was yang datangnya daripada gangguan syaitan. Oleh itu, dalam ikhtiar untuk menghilangkan perasaan was-was berkaitan kenajisan seperti yang dinyatakan, maka saudara perlu mengembalikan setiap perkara itu pada asalnya iaitu :  Asal lantai tersebut adalah suci dan kesucian lantai tersebut tidak sedikit pun terjejas dengan keraguan saudara tentang kenajisannya. Kesimpulannya, hukum kenajisan sesuatu perkara perlu didasari atas keyakinan bahawa berlaku perkara yang jelas tanpa ada rasa was-was atau syak. Jika tiada keyakinan yang jitu, maka berbaliklah kepada hukum asal sesuatu perkara itu. Dalam konteks masalah saudara, berbaliklah kepada hukum asal lantai itu adalah bersih dan suci. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 145

message user image