BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam, sy ada 1 persoalan. Kakak sy telah berkahwin dgn duda anak 3 yg masih belum baligh.Sy ingin bertanya adakah sy perlu menjaga aurat dgn anak tiri kakak sy? Adakah ibu sy juga perlu menjaga aurat dgn cucu tirinya? Untuk makluman, kakak sy sdg hamil ank bersama suaminya.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, memandangkan usia kanak-kanak itu sekarang belum baligh, maka tidak ditaklifkan lagi. Adapun, apabila mereka telah baligh, saudari hendaklah menjaga aurat dan pergaulan kerana bukan mahram disebabkan hubungan saudari dengan anak buah tiri sama seperti hubungan ipar. Ini kerana ibu kandung dan bapa kandung anak buah tiri itu bukan daripada darah daging saudari. Manakala bagi ibu saudari pula, hubungan mereka adalah mahram dan boleh bersalaman. Ini kerana mereka telah menjadi mahram disebabkan perkahwinan bapa kandung cucu tirinya dengan kakak saudari. Sama seperti hubungan menantu dan mertua. Bagi anak yang dikandung oleh kakak saudari, hubungannya adalah mahram kerana ibu kandung anak itu adalah darah daging saudari. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 79

message user image