Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Salam, saya ingin bertanya adakah bila terkena bulu babi di tangan ketika kemalangan kereta, bulu bersentuhan dengan jari ketika memeriksa kaedaan kereta , kemudian saya terus memandu kenderaan , selepas tiba di rumah baru saya sertu tangan , kejadian pada 2017, sekarang saya terfikir dan was-was adakah kenderaan saya bahagian dalam seperti stereng,gear dan lain2 jugak kena sertu? Sudah lama kejadian menghantui saya . Mohon pencerahan. Bulu babi tak melekat di tangan cuma tersentuh .
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, jika tangan yang kering terkena bulu babi yang juga kering, maka tidak perlu disertu. Begitu juga dengan stereng, gear dan lain-lain. Oleh kerana saudara juga telah sertu tangan selepas tiba di rumah, maka tidak perlu berasa was-was lagi. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.