BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya apakah hukum mengurung kucing di dalam sangkar tetapi dijaga makan dan minumnya? Saya diminta untuk menjaga kucing kawan saya. Namun, ianya liar dan suka mencakar. Saya juga mempunyai kucing lain yang tidak serasi dengan ia. Lalu atas dasar takut, ianya akan lari jikalau dibiarkan di luar, saya mengurungnya di dalam sangkar yang sesuai untuk sementara waktu sehingga ianya sudah menjadi jinak.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, hukumnya adalah harus dengan syarat dijaga kebajikannya (makanan, rawatan dan sebagainya). Jika makanan kepada haiwan peliharaannya tidak dijaga hukumnya adalah berdosa. Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah RA, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Seorang wanita diseksa Allah pada hari kiamat lantaran dia mengurung seekor kucing sehingga kucing itu mati. Kerana itu Allah swt. memasukkannya ke neraka. Kucing itu dikurungnya tanpa diberi makan dan minum dan tidak pula dilepaskannya supaya ia dapat menangkap makanannya yang terdapat di bumi." (Riwayat Muslim) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 887

message user image