BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : JENAYAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Boleh ke kandungan digugurkan sekiranya menjadi mudharat kepada si ibu? Contoh si ibu mengalamai tekanan yang melampau.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, hukum syarak membenarkan menggugurkan kandungan sekiranya jika dengan meneruskan kandungan tersebut boleh membawa kepada kemudaratan kepada ibu dengan syarat selepas mendapat nasihat untuk berbuat demikian daripada doktor pakar Muslim. Hanya doktor yang dapat menentukan sejauh mana tekanan yang dihadapi tersebut boleh membawa mudharat kepada ibu yang mengandung. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 3/2000 yang bersidang pada 13 September 2000 telah membuat keputusan :- Bagi ibu yang mengandung yang didapati kandungannya itu boleh membahayakan kesihatan dirinya setelah mendapat pengesahan daripada doktor pakar, harus menggugurkan kandungannya bagi menyelamatkan ibu. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 110

message user image