BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Arwah ibu ada memberi tanah seluas lbih kurang suku ekar saja kpd saya dn abg.Bila ibu dh meninggal dunia.,adik beradik lain yg 7 org tu menuntuk hak.dgn cara nilaikan harga tanah tu lpas tu di bahagi 7. Soalan sy..perlukah sy dn abg membayar wang tersebut.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, tanah yang diberikan oleh arwah ibu semasa hidupnya secara sempurna (telah diserah) adalah suatu pemberian yang dinamakan hibah. Pemberian secara hibah akan menjadi milik yang sah dengan syarat telah ditukar nama pada geran. Oleh itu, ia tidak terikat dengan hukum faraid. Adik-beradik yang lain tiada hak untuk menuntutnya. Bagaimanapun, jika akad pemberian itu tiada penyerahan, ia merupakan akad wasiat, yang hanya akan berkuatkuasa sebanyak 1/3 daripada nilai tanah tersebut. Selebihnya merupakan harta pusaka yang wajib difaraidkan (dibahagikan) kepada semua ahli warisnya yang layak menerimanya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 99

message user image