BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: saya ada satu soalan..saya ada join satu kelas masakan jarak jauh(pjj) dengan byaran..bila saya dah join kelas tu..cikgu yg mengajar ilmu masakan bgtahu..tidak boleh share ilmu masakn yg dia kongsi dalam group pada sesiapa walau ank kita sendiri..contoh..kalau kita nk bg ilmu yg kita beljar dlm kelas pjj tadi..kita kena byar dekat cikgu tu tadi..klu tak..dia tak kan halal ilmu yg kita kongsi ..boleh kah mcm tu ustaz..sedangkan kita dah byar ilmu yg di ajarkn..sekian terima ksih..


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, adalah tidak wajar tindakan tersebut. Segala ilmu yang ada dimuka bumi ini adalah milik Allah SWT. Allah jualah yang berhak menarik balik ilmu daripada diri seseorang jika dikehendakiNya. Apabila bayaran dibuat atas khidmatnya mengajar masakan dan telah selesai kelas, maka tiada halangan jika puan ingin berkongsi ilmu dengan anak atau ahli keluarga. Boleh jadi ilmu yang dikongsi terus berkembang dan bertambah serta menjadi amal jariah cikgu tersebut. Beliau juga tidak sepatutnya mengharamkan ilmu yang sememangnya halal semata-mata kerana duit. Islam tidak mengajar umatnya sedemikian. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 158

message user image