BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: assalammualaikum ustaz apakah hukum buat pembedahan untuk tambah tinggi badan kerana saya kurang percaya diri sebab saya pendek


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, manusia perlu bersyukur di atas anugerah kejadian yang sempurna. Antara tanda bersyukur ialah tidak mengubah suai bentuk mana-mana anggota tubuh badan dan Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk-makhluk yang lain. Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya). (at-Tiin : 4) Islam mengharamkan sebarang usaha pengubahsuaian anggota badan terutamanya melalui pembedahan yang dilakukan atas dasar nafsu dan kepuasan tanpa ada kecacatan yang mengagalkan fungsi sesuatu anggota tubuh badan, maka pembedahan itu boleh membawa kepada Haram dan ianya perlu dielakkan. Oleh itu, tiada keperluan untuk membuat pembedahan untuk menambah tinggi badan kerana ia bukan dengan sebab syar’i. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata”. (al-Nisa’ : 119) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 342

message user image