BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : JENAYAH

message user image

  Soalan

Pertanyaan: Salam, apakah hukum membunuh kucing menggunakan racun kerana kucing tersebut memakan anak ayam yang menjadii sumber pendapatan seseorang?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, hukum membunuh kucing adalah berdosa dan perlu bertaubat, kerana Allah SWT telah menetapkan prinsip ihsan dalam setiap perkara. Bahkan daripada hadis Baginda SAW, bahawa seorang wanita di azab di neraka lantaran tidak memiliki sikap belas ihsan terhadap seekor kucing, sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah RA, katanya Rasulullah SAW bersabda ; دَخَلَتِ امْرَأَةٌ النَّارَ فِي هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا، فَلَمْ تُطْعِمْهَا، وَلَمْ تَدَعْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ الأَرْضِ Maksudnya : "Seorang wanita diseksa Allah pada hari kiamat lantaran dia mengurung seekor kucing sehingga kucing itu mati. Kerana itu Allah SWT memasukkannya ke neraka. Kucing itu dikurungnya tanpa diberi makan dan minum dan tidak pula dilepaskannya supaya ia dapat menangkap makanannya yang terdapat di bumi." (Riwayat Muslim) Nyawa setiap binatang juga perlu dipelihara dan tidak boleh dibunuh sesuka hati secara sewenang-wenangnya. Dicadangkan supaya diserahkan kucing tersebut ke pusat haiwan atau dibuatkan pagar dan sangkar ayam. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 1136

message user image