BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ingin bertanya, bapa saya adalah seorang peneroka dan telah meninggal dunia. Selepas bapa meninggal, gaji peneroka di serahkan kepada ibu saya. Soalannya, perlukah ibu saya membahagi gaji tersebuh mengikut hukum faraid atau ia adalah hak ibu sepenuhnya.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, gaji/ pendapatan hasil tanah bukanlah harta pusaka. Maka gaji peneroka yang dibayar selepas kematian arwah tidak termasuk harta pusaka yang wajib dibahagi mengikut hukum faraid. Berdasarkan kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-21 yang bersidang pada 12 September 1988 telah membincangkan Ganjaran Terbitan Dan Pencen Terbitan. Muzakarah telah memutuskan bahawa ganjaran terbitan dan pencen terbitan tidak termasuk sebagai harta pusaka, maka kaedah pembahagiannya tidak tertakluk kepada kaedah pembahagian harta pusaka. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 92

message user image