BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukum jika suami kata die mengharamkan walau se sen pun duitnya pada isteri? Apakah yg perlu isteri buat? Kene cari duit lain kalau nak makan? Apa jadi kalau isteri dah termakan sedikit makanan yg dibeli?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, seorang suami itu wajib memberi nafkah kepada isteri dan orang di bawah tanggungannya. Firman Allah yang bermaksud : “...dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.” (al-Baqarah : 233) Apabila seorang suami gagal menunaikan tanggungjawabnya memberi nafkah zahir atau batin, maka isteri berhak membuat pengaduan tentang perkara tersebut kepada pihak Mahkamah Syariah. Puan juga boleh mendapatkan nasihat dan pandangan dengan merujuk kepada Unit Undang-undnag Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan. Tidaklah menjadi kesalahan kepada puan jika telah menggunakan duit suami pada kadar yang sepatutnya bagi keperluan harian sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada 'Aisyah RA, katanya : "Hindun binti 'Utbah, isteri Abu Sufyan, pernah datang kepada Rasulullah SAW., lalu katanya: "Ya, Rasulullah! Sesungguhnya Abu Sufyan itu seorang lelaki yang bakhil. Dia tidak pernah memberi ku nafkah yang mencukupi bagi keperluanku dan keperluan anak-anakku, kecuali bila kuambil hartanya tanpa pengetahuannya. Berdosakah aku berbuat seperti itu?" Jawab Rasulullah SAW, "Boleh kamu ambil sekadar perlu untuk mencukupi keperluanmu dan anak-anakmu." (Riwayat Muslim) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 94

message user image