BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum Ustaz, Saya telah submit income tax pada LHDN 3 tahun lambat . LHDN telah mengenakan Penalty sebanyak lebih 30 % daripada jumlah yg kena bayar. 1- Saya tidak pernah meminjam daripada LHDN. 2- Saya berniat untuk bayar semula jumlah yg saya tertunggak , mengapa saya kena bayar penalty yg tidak munasabah. 3- Adakah ini Riba? ayat Al-baqarah 275 yg mana Allah mengharamkan Riba. atau satu penganiyaan . 4- Adakah bekerja di LHDN sebagai pegawai yg menilai dan menulis jumlah penalty pada rakyat itu boleh pada pandangan agama sedangkan orang yg berhutang pun diberi tempoh. Jika sesiapa yg menerima riba, menulis atau menjadi saksi , dia adalah ahli neraka. Al- Baqarah : 275 5-Saya adalah pembayar Zakat 6-Minta penjelasan ustaz tentang perkara diatas dari sudut pandangan Islam kerana penalty ini lebih teruk pada Riba.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, penalti yang dikenakan ke atas tuan adalah denda atas kesalahan yang dilakukan mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967. Terdapat dua isu yang berbeza disana. Isu pertama adalah denda atas kesalahan dan isu kedua adalah pinjaman hutang yang terdedah kepada riba’. Pihak kerajaan bertanggungjawab mengurus kehidupan rakyat di bawah pemerintahannya agar masyarakat dapat diurus dengan baik. Ini termasuklah menggubal akta-akta bagi kesalahan jenayah dan sivil. Pihak kerajaan berhak mengenakan denda sebagai hukuman takzir kepada mana-mana pihak yang dianggap telah melakukan kesalahan, sebagaimana denda atas kesalahan melanggar lampu isyarat, membawa kenderaan melebihi had laju yang dibenarkan dan sebagainya. Penalti dan denda dalam konteks ini tidak berkait dengan isu pengharaman riba’. Ini kerana gagal membayar cukai berdasarkan tahun taksiran. Ia juga bukan kerana hutang. Tahniah kepada pihak tuan yang merupakan pembayar zakat. Dimaklumkan bahawa semua pembayar zakat akan beroleh rebat dalam pengiraan taksiran cukai pendapatan tahunan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 154

message user image