BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukum jika kita menjalankan perniagaan menjual barangan & kita promosikan atas dasar infaq supaya barangan perniagaan kita laris dijual? Misalnya saya menjual makanan & saya promosikan kepada rakan2 untuk berinfaq dengan membeli jualan saya & saya akan sampaikan infaq tersebut pada anak yatim & sebagainya.. Saya mendapat untung sebab lebih senang untuk menjual barangan atas dasar "jom berinfaq" berbanding dengan cara biasa di mana ada banyak persaingan. Sebab saya tahu orang ramai lebih suka berinfaq, jadi saya guna modal perkataan "infaq" untuk lariskan jualan makanan saya. Tapi saya akan tetap sampaikan infaq orang. Apakah hukum perniagaan saya ini? Adakah saya akan mendapat berkat dalam perniagaan saya? Minta penjelasan. Terimakasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, jual/beli dan infaq/derma/sedekah adalah dua perkara yang berbeza. Jual beli dari sudut bahasa adalah bererti menukar sesuatu dengan sesuatu. Manakala jual beli secara syarak adalah tukar menukar harta dengan harta untuk memiliki dan memberi pemilikan Manakala perkataan infaq dalam bahasa Arab bererti tabbaru’. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, infaq atau derma dinyatakan sebagai pemberian yang ikhlas. Jadi menderma ialah memberikan sesuatu dengan ikhlas dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Oleh itu, berdasarkan penerangan di atas, dibolehkan untuk berinfaq dengan duit atau nilaian yang disepakati antara pembeli dan penjual atas dasar amanah dan seterusnya penjual menjadi wakil pembeli untuk menginfaqkan harta tersebut kepada golongan yang ingin dibantu. Tiada unsur paksaan, dan penjual berkewajiban melaksanakan amanah tersebut dan perlu dibuktikan ia telah diserahkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 600

message user image