BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: suami sy mentaklik kan sy dengan lafaz " sekali lagi abg tipu, abg ceraikan syg " waktu tu sy sdg mengandungkan anak sulung kami 2019.. kejadian terjadi kerana sy mendapati suami sy menipu sy bergegas nak pulang ke kuala lumpur sebab tugasan.. tapi sebenarnya nak ke perak nak jalan2 dengan kawan2.. sedang sy sarat mengandung dan kami Pjj.. soalan saya : - adakah lafaz taklik masih berjalan seprti biasa sehingga kini ? - adakah sy masih bergelar isteri ? kerana kerap kali dah suami sy menipu meskipun hal remeh2 temeh..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk kepada persoalan saudara, lafaz taklik : " sekali lagi abg tipu, abg ceraikan syg ", itu merupakan lafaz taklik yang soreh (jelas). Justeru, ia memberi kesan ke atas perkahwinan tuan. Oleh itu, jika berlaku seperti keadaan tersebut, maka jatuh talak sepertimana yang dilafazkan. Adalah dinasihatkan tuan mengemukakan perkara ini terus ke Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi menentukan pengesahan lafaz taklik dan status perkahwinan tuan mengikut bidangkuasa pihak mahkamah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 63

message user image