BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang topik nazar. Situasi saya ialah saya telah bernazar jika setiap kali saya mencarut saya bernazar untuk membayar rm50 kepada ibu saya. Namun, saya rasa tidak mampu untuk membayarnya jika saya tercarut banyak kali, jumlahnya menjadi banyak. Jadi soalan saya ialah: 1) bolehkah saya membatalkan nazar ini dengan cara-cara tertentu? 2) jika boleh dibatalkan, adakah saya masih perlu membayar jumlah wang yang tertunggak sebelum saya membatalkan nazar ini?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan yang dinyatakan ia bukanlah sebagai nazar. Ini kerana, mencarut merupakan perkara yang sememangnya ditegah oleh Allah SWT sebagaimana firmanNya ; وَقُولُواْ لِلنَّاسِ حُسْنًا Maksudnya : “Dan ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia.” (al-Baqarah : 83) Begitu juga dengan hadith yang diriwayatkan aaripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik atau diam” (Riwayat al-Bukhari) Oleh itu tiada nazar dalam perkara yang ditegah oleh Allah. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada ‘Amru bin Syuaib bahawa Nabi SAW bersabda; لاَ نَذَرَ إِلاَّ فِيْمَا ابْتُغِيَ بِهِ وَجْهُ اللهِ Maksudnya : “Tiada nazar kecuali dalam perkara mencari keredhaan Allah” (Riwayat Abu Daud) Sebaiknya berusahalah untuk berkata yang baik-baik, tidak mencarut dan hendaklah istighfar dan bertaubat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 116

message user image