BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: assalamualaikum tuan puan. saya seorang yang baru berjinak di dalam dunia penulisan skrip. saya mahu menulis skrip ala2 drama korea seperti Black dan Goblin. saya ada beberapa soalan. 1. apakah pandangan pihak mufti jika saya menulis genre fantasi yg berkonsepkan kelahiran semula (reincarnation) dan alam selepas mati. 2. cerita yang saya mahu tulis ini mengisahkan perempuan yang mahu menolong roh/qarin yang hidupnya tak tenang kerana dibunuh. adakah ianya memberi pengaruh buruk kepada penonton beragama islam yang menonton?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, hiburan dalam Islam tidak boleh bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak yang dianjurkan oleh syarak. Penerbitan sesuatu drama perlu mengandungi unsur-unsur mendidik dan mengajak manusia kepada kebaikan dan menolak keburukan serta tidak mengandungi unsur-unsur keagamaan lain yang berunsurkan khurafat dan karut. Konsep kelahiran semula selepas mati dengan keadaan roh yang tidak tenang kerana dibunuh mengandungi fahaman agama lain yang jelas bercanggah dengan Islam. Justeru, pihak tuan adalah dinasihatkan untuk tidak menghasilkan drama-drama yang berkonsepkan seperti ini. Selain itu, boleh merujuk kepada garis panduan seperti link di bawah; http://www.islam.gov.my/images/garis-panduan/Garisan_Panduan_Penapisan_Kandungan_Bahan-Bahan_Penyiaran_Berunsur_Islam.pdf والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 75

message user image