BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ingin bertanya tentang urusan iddah wanita yang kematian suaminya. Atas faktor keselamatan dan kesihatan wanita tersebut perlu menjalani iddah di rumah anaknya yang jaraknya 500 meter dari rumah asal wanita tersebut. Soalannya, bolehkah pada hari hari tertentu (hujung minggu), ibu tersebut dibawa ke rumah asalnya untuk seketika kerana menerima lawatan anak anaknya yang pulang dari luar daerah, dan kembali di bawa ke rumah anaknya untuk menyambung proses iddah.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk kepada persoalan tuan, ibu tersebut boleh tentukan di mana dia akan menjalani tempoh iddahnya dalam keadaan tenang, samada rumahnya sendiri atau rumah anaknya, atas faktor keperluan. Jika ibu memilih untuk beridddah di rumahnya sendiri, adalah menjadi kewajipan anak-anaknya menemani beliau untuk menjaga keselamatan dan kesihatannya. Adapun, jika ibu sendiri ingin menjalani iddah di rumah anaknya, maka tiada halangan. Justeru, anak-anak yang pulang dari luar daerah bolehlah ziarah ibu di rumah anak yang menjaga ibu dalam iddah. Usah dibebankan ibu kesana kesini lebih-lebih lagi jika kesihatannya terganggu. Biar anak yang memudahkan urusan ibu, bukan ibu yang memudahkan urusan anak. Hormatilah perasaan ibu yang telah kematian suami dan santunilah dengan baik dan berhemah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 180

message user image