BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh. Saya mempunyai soalan tentang bagaimana najis boleh berpindah. Sebagai contoh, jika bekas tupperware yang bernajis (kering tetapi sedikit berminyak), adakah najisnya akan berpindah ke bangku/kerusi yang juga kering tetapi sedikit berminyak? Selain itu, di bangku tersebut, tidak ternampak oleh mata kasar kesan yang jelas bahawa ada najis yang berpindah. Cumanya di bangku itu terasa sedikit berminyak, saya ragu-ragu apakah kesan berminyak ini adalah dari bekas bernajis itu atau tidak. Kerana bangku itu memang sedikit berminyak walaupun sebelum tersentuh dengan bekas itu. Terima kasih. Wassalam.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, oleh kerana puan dalam keadaan ragu-ragu, dan tidak nampak adanya najis, maka ia dianggap tiada najis yang berpindah diantara satu sama lain. Adapun, jika masih ragu-ragu, bersihkanlah bekas dan tempat tersebut sehingga yakin akan kesuciannya iaitu hilang bau, warna dan rasa. Tindakan ini adalah untuk menghilangkan syak seseorang. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 165

message user image