Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Dalam situasi Covid-19, majikan membenarkan saya bekerja di rumah. Bila di rumah kadang kala dalam tempoh 9 jam bekerja, saya ada membuat kerja2 peribadi. Kadangkala tempoh untuk mengantikan masa peribadi itu tidak cukup. Apakah tindakan sewajarnya saya lakukan untuk mendapat rahmah Allah dan rezeki saya ini diberkati, adakah saya perlukan sedekahkan duit gaji saya atas nama syarikat saya kerja atau adakah saya tidak membuat apa2 tuntutan yang ada contoh jika saya menjalankan kerja di luar pejabat
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, pekerjaan merupakan suatu amanah yang telah ditetapkan bagi seseorang termasuklah masa dan kualiti kerja masing-masing. Tindakan untuk menyalurkan sedekah dari gaji atau tidak membuat apa-apa tuntutan yang ada adalah merupakan inisiatif sendiri. Dinasihatkan juga untuk mengingati semula tujuan bekerja dan disarankan untuk menguruskan masa dengan baik semasa bekerja dari rumah. Tiada masalah asalkan kerja selesai. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.