BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, Saya telah berkahwin dengan gadis A dan sebelum berkahwin saya telah terlanjur dengan Gadis B. Gadis B tersebut hamil dan lahirkan anak tetapi saya hanya mengetahui hal ini selepas berkahwin dengan gadis A. Apakah yang saya perlu buat? Macam mana boleh betul kan keadaan ini, saya hanya mampu bertaubat atas segala kesalahan saya. Tetapi saya ingin tahu adakah wajib bagi saya untuk berkahwin dengan gadis B? Sebab kami tidak pernah bercinta and saya tiada niat untuk berkahwin dengan gadis B begitu dengan gadis B, dia tidak mahu berkahwin dengan saya and dia masih lagi bujang. Mohon , harap dapat membantu.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk kepada persoalan saudara, perkara pertama dan yang terpenting adalah bertaubat atas dosa zina yang dilakukan. Perbuatan zina adalah perbuatan keji dan termasuk dalam salah satu daripada dosa-dosa besar. Kemudian, bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan kesan daripada perbuatan zina tersebut. Jika mampu maka kahwinilah dia dan jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami kepada isteri dan anak hasil perbuatan zina tersebut. Namun, jika ditolak oleh pihak perempuan, maka bertanggungjawablah terhadap anak tersebut dengan memberi bantuan bagi menyara kehidupannya. Pastikan anak tersebut terbela dan terjaga kebajikannya dengan mendapat kehidupan yang baik dari sudut makan, minum, pakaian, pendidikan dan agamanya. Berbincanglah secara baik dengan perempuan tersebut dan ahli keluarganya. Namun, tidak boleh dinasabkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 149

message user image