Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum. Saya ada soalan mengenai najis cicak. Terdapat najis cicak yang sudah kering pada tilam. Adakah saya perlu membersihkan tilam dengan air mutlak atau cukup membuang najis cicak tersebut?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, sekiranya najis cicak tersebut kering, maka boleh terus buang sahaja najis cicak tersebut. Sekiranya najis cicak itu meninggalkan kesan pada tilam, hendakklah dibersihkan sehingga yakin dengan kesuciannya (hilang bau, warna, rasa/sentuh). والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.