BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum...sy ada kemusykilan mengenai talak.. jika semasa marah, seseorang isteri bertanya kepada suami berkenaan "awak nak ceraikan saya atau tidak" dan suami menjawab "aah" dalam keadaan terlepas cakap dan tidak sengaja jadi adakah telah jatuh talak? Saya perlukan jawapan sama ada suami berniat atau tidak.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk kepada persoalan puan, pertanyaan tersebut adalah persetujuan suami untuk menceraikan isterinya. Ia dikira sebagai kinayah. Maka, jika ada niat maka jatuh talak. Jika bersetuju untuk bercerai, kemukakan permohonan cerai terus ke Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk pengesahan oleh Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa mengesahkannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 146

message user image