BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya ada soalan. Ada anjing berkeliaran di kawasan rumah saya dan anjing tersebut menggunakan kawasan bersimen sebagai laluan mereka. Saya risau kerana kami juga sering menggunakan kawasan itu. Adakah saya perlu basuh laluan itu dengan 7 kali basuhan?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, tidak perlu disertu kawasan tersebut kerana ia adalah laluan umum yang menjadi laluan manusia dan juga anjing. Tambahan pula, bukan kawasan rumah kita. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 83

message user image