Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah hukum percikan air halus ghusalah (hukum air percikan basuhan najis) sekiranya ianya terpercik pada getah paip bahagian muncung getah paip keluarnya sumber air tersebut? Saya nak tahu bagaimana hukumnya. Dikira najis atau dimaafkan?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, percikan air tersebut hendaklah dipastikan dalam dua keadaan : 1. Jika diyakini air yang terpercik itu sebelum terkena najis, maka ia adalah suci. 2. Jika didapati air itu terpercik selepas terkena najis, maka air itu menjadi mutanajjis, maka perlu dibasuh dahulu muncung getah tersebut hingga hilang bau, warna dan rasa. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.