Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Ingin tahu berkenaan faraid. Ahmad ada 9 orang anak, yg mana 3 anak lelaki 6 anak perempuan. Ditakdirkan salah seorang anak lelaki Ahmad bernama Along meninggal dahulu. Along meninggalkan 4 orang anak lelaki, seorang anak perempuan dan seorang isteri. Setelah beberapa tahun, Ahmad pula meninggal. Jadi ingin tanya disini, adakah anak-anak dari Along, mendapat bahagian didalam harta Ahmad?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, anak-anak dan isteri Along tidak mendapat bahagian daripada harta Ahmad kerana terhalang oleh adik-beradik lelaki Along (anak-anak lelaki Ahmad) yang masih hidup. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih