BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum saya ingin bertanya mengenai zakat pendpatan (kwsp)...bilakah zakat ini perlu dibayar selepas kluarkan semua atau separuh atau selepas ditolak kesemua yang perlu, baki duit itu baru dibayar zakat...? harap boleh beri penjelasan dan membantu dalam hal ini. maklumbalas adalah sangat diharapakn.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, Zakat perlu dikeluarkan ke atas caruman wang KWSP sebaik ia dikeluarkan merujuk keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke 74 bersidang 25-27 Julai 2006. Kiraannya adalah sebanyak 2.5% daripada jumlah keseluruhan wang yang telah dikeluarkan tersebut. Kaedah Pembayaran Zakat KWSP adalah seperti berikut: (i) Apabila menerima wang KWSP, seseorang hendaklah menunggu setahun bagi mencukupi haul barulah dikeluarkan zakat 2.5%; atau (ii) Apabila menerima wang KWSP, seseorang bolehlah terus mengeluarkan zakat 2.5% tanpa menunggu tempoh setahun kerana dikhuatiri wang tersebut akan berkurangan dari segi nisabnya yang tidak wajib dikenakan zakat lagi. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 78

message user image