BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Status halal /haram urusniaga bitcoin.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, secara umumnya Bitcoin adalah matawang maya yang tidak tertakluk dengan mana-mana undang-undang kewangan yang ada dimana-mana negara, maka tidak hairanlah matawang maya ini menjadi pilihan penjenayah untuk melakukan transaksi bagi mengelakkan kegiatannya dipantau. Dari satu sudut, apabila tiada pemantauan daripada mana-mana pihak, ianya tiada jaminan keselamatan kewangan maka wujudlah di situ apa yang disebut sebagai gharar atau ketidaktentuan. Gharar adalah antara perkara yang boleh menyebabkan sesuatu transaksi atau urusniaga itu diharamkan di dalam muamalah Islam. Sebaiknya, jauhilah dari perkara tersebut. Sebagai makluman, tuan bolehlah rujuk ke link Blog Fatwa Malaysia berkenaan Hukum Penggunaan Bitcoin Sebagai Medium Untuk Bermuamalat : http://web.archive.org/web/20150122215500/http:/www.e-fatwa.gov.my/blog/hukum-penggunaan-bitcoin-sebagai-medium-untuk-bermuamalat Begitu juga dengan pengumumam yang dibuat oleh pihak Bank Negara Malaysia seperti link berikut ; http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_announcement&pg=bm_announcement_all&ac=276&lang=bm والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 199

message user image