BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan, Saya nak bertanya... sahabat bertanya kepada saya. SOALAN 1 ************** Situasi ********* Cth : Individu A bernama Ahmad tubuhkan Badan NGO bernama Kasih Bersama Mu ( KBM ), Ahmad merupakan Pengerusi KBM dan mempunyai 10 pekerja bagi pengurusan wang tersebut. Cth : KBM terima dana derma sebanyak 2 juta. 2 juta itu seharusnya di dermakan kepada yg memerlukan. Tetapi Ahmad menubuhkan Syarikat lain yg juga milikan beliau, atas nama Kasih Food Sdn Bhd atas tujuan menjadi badan atau kontraktor yg bertugas untuk edarkan makanan daripada KBM tadi. Ahmad mengambil profit daripada syarikat Kasih Food Sdn Bhd. Apakah hukum dari segi Muamalat dan adakah di benarkan prosesnya begitu? Sedangkan KBM adalah milikan tunggal. Ahmad mengambil contoh Pejabat Zakat yg melantik kontraktor. Maka beliau juga mengikut sistem begitu. Namun, pejabat zakat bukan badan tunggal dan kuasanya di kawal oleh pejabat agama. Lantikan vendor pula adalah untuk pengurusan makanan tersebut. Dan staff pejabat zakat tidak mengambil profit daripada syarikat vendor yg dilantik mereka. Secara normalnya badan NGO hanya akan ambil 10-20% untuk urusan management, staff dan overhead. Tetapi KBM menubuhkan beberapa syarikat bagi pengurusan wang tersebut. SOALAN 2 ************* Adakah di benarkan wang derma di niagakan atau dibuat modal utk diniagakan atas sebab. Keuntungan dari hasil modal tersebut dapat membayar kos management, pekerja dan overhead badan NGO tersebut.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, secara umumnya, hasil kutipan derma yang telah dikhususkan untuk tujuan tertentu tidak boleh digunakan untuk tujuan selain daripada yang telah dikhususkan. Menyamakan tindakannya dengan Pengurusan Zakat di bawah agensi Pihak Berkuasa Agama adalah tidak tepat kerana zakat merupakan ibadah yang mempunyai asnaf-asnaf yang telah diperuntukkan. Oleh itu, setiap perbelanjaan adalah mengikut saluran asnaf yang betul dengan dipantau keputusan serta tindakannya oleh Majlis Agama Islam. Sehubungan itu, pihak pengutip derma perlu memaklumkan kepada orang yang menderma ke mana wang tersebut dibelanjakan agar semuanya jelas sebelum apa-apa transaksi dilaksanakan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 82

message user image