Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum wb Ayam kampung di rumah saya di bawa lari anjing liar ... tetapi dia terlepas dan balik ke rumah dengan luka. Kami nak sembelih ayam itu. Soalan nya adakah perlu di samak dulu ayam itu sebelum sembelih sebab terbabit dengan anjing ? Sekian terima kasih Wassalam
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, ayam tersebut perlu disertu pada tempat yang lukanya sahaja sebanyak tujuh kali salah satunya dengan air tanah sama ada sebelum disembelih atau selepasnya. Jika diyakini luka tersebut disebabkan oleh anjing. Jika tidak, maka tidak perlu sertu luka tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.