BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Bulan lepas saya Last period 7/7/20 dan kemudian datang haid pada 2/8 - 9/8 tapi datang putus-putus macam pagi keluar darah selepas itu, hilang sekejap tetapi keluar dengan kuantiti sedikit, kadang-kadang keluar darah hanya malam saja, pagi tiada, tetapi tarikh 2/8-9/8 tu saya tidak memakai pad, jika pakai pad memang darah tidak lekat pada pad, darah yang keluar seperti lendiran coklat dan lendiran darah, selepas10hb baru haid dgn kuantiti yang banyak beserta sengugut sehingga hari ini 17/8 sudah mencecah hari ke 15. Adakah itu dikira darah istihadhah atau masih haid?


message user image

Jawapan  

Berdasarkan kepada kenyataan puan, ia merupakan darah haid. Tempoh maksimum haid menurut mazhab Syafie ialah 15 hari. Tambahan pula puan yakin itu adalah darah haid. Walau bagaimanapun puan hendaklah mendapatkan juga pandangan doktor pakar berkenaan perkara ini sama ada ia normal atau sebaliknya dikhuatiri keadaan pendarahan yang berpanjangan yang berlaku dalam tubuh badan bagi mengenalpasti puncanya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 73

message user image