Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: assalamualaikum, apakah hukum melafaskan wakaf dengan bercakap bersedirian tetapi tidak melaksanakan wakaf tersebut dan tidak rela untuk mewakafkan hartanya tetapi terlafas di mulut, adakah wajib melaksanakan wakaf tersebut
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, melafazkan wakaf secara sendirian hukumnya adalah tidak sah. Justeru, tidak wajib dilaksanakan. Hanya mendapat pahala niat sahaja kerana tidak mencukupi rukun dan syarat wakaf. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.