BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, di sini saya ada satu pertanyaan. Mak cik saya baru sahaja menjalani pepmbedahan kecil dan selepas pembedahan itu, Doktor menasihati agar mak cik saya mengurangkan penggerakkan selama beberapa jam. Oleh sebab itu, mak cik saya terpaksa membuang air didalam lampin pakai buang buat sementara waktu. Disebabkan dia perlu mengurangkan penggerakan, maka amat sukar baginya untuk menukar lampin tersebut untuk mengerjakan solat. Bolehkah dia menjama'kan solat magrib kedalam solat isyak kerana dia hanya dibenarkan untuk bergerak seperti biasa selepas jam 9 mlm.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, syara’ memberi kemudahan kepada orang yang uzur dalam bentuk menggabungkan (jama’) dua solat fardhu dalam satu masa untuk mengurangkan kesukaran dan kesakitan. Boleh melaksanakan solat secara taqdim (solat kedua dilakukan dalam waktu solat pertama) atau ta’khir (solat pertama dilaksanakan dalam waktu solat ke dua). Hendaklah berniat melakukan solat Jamak Taqdim atau Ta’khir pada Takbiratul Ihram solat yang pertama. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 74

message user image