Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum suami ada bertaklik utk tidak berjumpa dgn skandal nya sebagai syarat untuk saya menarik balik permohonan fasakh di mahkahmah lafaz taklik tersebut hanya bersaksikan saya seorang adakah jatuh talak jika dia melanggar taklik tersebut walaupun tiada saksi
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, taklik tidak memerlukan kepada saksi. Jika dilanggar maka jatuhlah talak sebagaimana yang dilafazkan dalam taklik tersebut.
Sekian, terima kasih.