BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Syarikat ada menyediakan makan tengah hari untuk staff. Contoh seorang rm9 sehari, boleh kah saya minta penjual makanan naik kan harga makanan rm1 untuk seorang tampa pengetahuan bos saya. Dan duit terkumpul rm1 itu akan digunakan untuk bayar parking berbayar pekerja di syarikat tanpa bos saya tahu. Kerana bos saya tidak tahu bahawa parking ditempat kerja berbayar rm5 sehari dan pekerja tidak mampu untuk bayar parking tersebut. Saya tidak ambil untuk kepentingan saya tapi untuk kebajikan pekerja juga, memandangkan syarikat memberi makan setiap hari kepada pekerja untuk kebajikan pekerja juga. Soalan saya boleh ke? Haram tak? Berdosa ke?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tersebut, puan tidak boleh berbuat sedemikian. Berdosa dan haram hukumnya. Niat untuk memudahkan urusan pekerja adalah baik tetapi ia melanggar arahan yang telah ditetapkan oleh syarikat serta tanpa pengetahuan ketua (bos). Dicadangkan agar pihak puan membawa perkara ini ke pengetahuan bos syarikat dan dibincangkan secara baik dan berhemah semoga dipermudahkan segala urusan untuk menjaga kebajikan pekerja syarikat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 81

message user image