Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya, adakah boleh menghentikan solat fardu serta merta jika terdengar bunyi siren kecemasan di pasaraya. Walaupun masih sempat untuk menghabiskan solat fardu.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, tidak boleh menghentikan solat fardhu kerana tuan telah yakin masih sempat menghabiskan solat tersebut. Oleh itu, tuan perlu meneruskan solat sehingga selesai sekalipun siren kecemasan telah berbunyi di pasaraya. Firman Allah SWT ; لَا تُبْطِلُوا أَعْمَالَكُمْ Maksudnya : “Janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!” (Muhammad : 33) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.