Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya memberi RM 1000 kepada seseorang untuk Bantu sebagai modal untuk siapkan kja kontrak. Dalam tempoh 1 bulan orang Itu akan bayar balik duit saya jadi RM 1500.00 . adalah Ini dikira riba'
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, jika hutang dan mensyaratkan bayaran tambahan bernilai RM500, maka ia adalah riba’. Allah SWT mengharamkan hambanya dari terjebak dengan segala muamalah yang terdapat padanya riba’. Riba’ bermaksud pertambah yang dikenakan pada perkara tertentu. Pertambahan yang dimaksudkan boleh berlaku pada aktiviti hutang dan jual beli. Firman Allah SWT: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا الرِّبَا أَضْعَافًا مُّضَاعَفَةً ۖ وَاتَّقُوا اللَّـهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ Maksudnya: “Wahai orang-orang Yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba’ Dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya.” (ali’Imran : 130) Tetapi, jika tidak mensyaratkan, peminjam dengan suka rela bagi lebih sebagai ucapan terima kasih maka harus, dipanggil hibah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.