BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum wbt. 1. Arwah ada meninggalkan sebidang tanah yang mana terdapat 2 nama iaitu nama arwah dan nama adiknya..Semasa hidupnya, tanah, bahagian adiknya itu telah dipindah milik kepada arwah kerana proses pertukaran pada tanah ditempat lain yang mana bahagian arwah ditukar kepada adiknya..Namun begitu, pertukaran nama geran tanah tidak dilakukan. Justeru itu adakah bahagian tanah yang tidak ditukar nama itu (walhal milik arwah) perlu juga dibahagikan mengikut hukum syarak iaitu faraid? 2. Salah seorang waris dengan tegas mendakwa arwah ada berhutang dgn seorang pembuat rumah dgn jumlah yang besar tanpa bukti yang kukuh dan dengan hanya bersandar peristiwa yang berlaku semasa arwah masih hidup, dimana pembuat rumah itu bertemu dan merayu kepada waris yang mengatakan arwah masih berhutang dengan pembuat rumah itu. Mengikut penjelasan waris itu, arwah beberapa kali menyanggah dakwaan tukang rumah itu dan telah membayarnya. Waris ini tidak mempercayai penjelasan arwah dan memberitahu waris lain untuk mendahului pembayaran hutang ini biarpun ada waris lain tidak bersetuju kerana tiada bukti yang arwah masih berhutang dan hanya cakap cakap dari pwristiwa yang berlaku masa arwah masih hidup. Justeru itu, adakah kita perlu membayar hutang berkenaan walhal ianya tidak mempunyai bukti yg mencukupi serta ianya akan membawa kepada ketidakadilan kepada waris lain. Mohon penjelasan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, dari segi hukum, jika proses pertukaran hak milik (ijab kabul) telah dilaksanakan, maka ia adalah sah telah bertukar milik. Bagaimanapun dari segi perundangan ia masih di bawah kuasa penama yang berdaftar pada geran. Oleh itu, dakwaan-dakwaan itu perlu dibuktikan melalui catatan dokumen atau saksi-saksi yang dapat memberi penjelasan. Jika tidak ada penyelesaian perlulah dirujuk ke Mahkamah supaya boleh dibuat keputusan yang muktamad. Soal bebanan hutang dan pembahagian harta ia akan tertakluk dengan keputusan Mahkamah. Jika disahkan hutangnya belum dijelaskan, maka pembayaran hutang perlu diutamakan sebelum pembahagian secara faraid dilakukan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 150

message user image