BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: salam saya nak Tanya kenapa cukai arak dikategorikan sebagai halal sedangkan upah utk penghantaran makanan (grap food/panda)seperti Babi adalaah Haram...mohon pencerahan


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, berkenaan cukai arak ia dikutip oleh pemerintah, dan cukai tersebut dimasukkan dalam perbendaharaan negeri yang bercampur dengan cukai yang halal. Justeru ia boleh diguna untuk maslahah umum masyarakat. Manakala upah penghantaran makanan haram melalui grab/panda food, adalah haram kerana upah terus masuk ke dalam akaun individu. Ia dinamakan sebagai wang tidak patuh syariah (haram). Justeru, wang haram hendaklah diserahkan ke Baitulmal yang berhampiran untuk diuruskan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 90

message user image