BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum tuan/puan, saya ingin ajukan soalan apakah hukum puasa sekiranya tertinggal solat tanpa sengaja ketika berpuasa? Adakah puasa itu tidak sah? dan perlukah digantikan balik? Kerana saya telah berpuasa ganti dan pada hari tersebut saya sedang bekerja di hospital dan terlalu ramai pesakit yang perlu dirawat sehingga saya tidak sedar sudah masuk waktu solat asar dan saya tertinggal solat zuhur. Semoga mendapat pencerahan dari pihak tuan/puan. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, berdasarkan pandangan jumhur ulamak, puasa itu sah jika ia memenuhi rukun-rukun puasa yang ditetapkan dan tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan puasa dan tidak dituntut lagi mengqadha/mengganti puasanya. والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 272

message user image