Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamu'alaikum. Tuan, seperti sedia maklum, terdapat syarat2 untuk mengiktiraf sesebuah masjid sebagai masjid contohnya tanah itu tanah wakaf. Oleh itu, walaupun Surau Diri Jumaat, ia tidak dikira masjid. Pertanyaan saya adalah, ada surau diri Jumaat, di mana kawasan beranda/balkoni dimana menurut fahaman saya ia tidak dikira kawasan masjid kerana 1)Surau diri Jumaat; dan 2)ia adalah beranda. namun, terdapat jemaah yang menunaikan solat Jumaat (di kiri dan kanan imam, namj di luar surau) sedangkan pintu untuk masuk ke surau adalah dibelakang makmum itu. dengan erti kata yang lain, bagi menuju ke Imam, makmum perlu berundur ke belakang atau pusing ke belakang. Keadaan ini adalah menurut fahaman saya adalah tidak sah jemaah kecuali berundur bagi menuju imam adalah dalam kawasan masjid.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, tidak sah solat makmum dibarisan hadapan kawasan beranda/balkoni surau kerana kedudukan pintu masuk surau berada di belakang makmum tersebut. Oleh itu, pihak surau perlu membuat sedikit ubah suai untuk menjamin sahnya solat berjemaah dan Jumaat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.