Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: saya ingin bertanya adakah perlu pasangan ( wanita hamil luar nikah y ketika usia kandungannya 6 bulan berkahwin setelah hamil dengan pasangan terbabit) berkahwin semula dengan pasangan itu, setelah lahirnya anak tersebut? kerana ada pendapat menyuruh berkahwin semula setelah lahirnya ank tidak saf taraf tersebut..
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Merujuk kepada persoalan saudara, Pernikahan tersebut adalah sah sekiranya memenuhi semua rukun dan syarat sah pernikahan walaupun sedang mengandung semasa pernikahan berlaku dan tidak perlu diulang, diganti atau dinikahkan semula. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.