BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : JENAYAH

message user image

  Soalan

Soalan: assalamualaikum.. saya ingin bertanya dahulu saya sering mendownload filem.. animasi dan anime jepun secara haram..tetapi untuk tontonan sendiri shja soalan saya adakah mendownload filem atau anime secara haram walaupun untuk tontonan sndiri dikira salah?? agak sukar dan mustahil untuk berhubung dgn pengarah dan produksi.. jadi bagaimana ingin bertaubat dari kesalahan ini??


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk kepada persoalan puan, Islam menjaga hak milik manusia termasuklah hak milik penulisan, rekaan/ ciptaan dan hak milik kreativiti. Kita tidak boleh mengambil atau mencuri hak milik orang lain tanpa keizinan/ kerelaannya. Nabi SAW bersabda: لا يَحِلُّ مالُ امرِئٍ مُسلِمٍ إلَّا بطِيبَةٍ مِن نَفْسِه. Maksudnya : “Tidak halal harta seseorang Muslim melainkan dengan kerelaan hatinya”. (Riwayat Ahmad) Hak-hak tersebut adalah dikategorikan sebagai harta yang dilihat kepada nilai dan manfaatnya. Ia dinamakan sebagai harta intelek. Maka filem dan Animasi yang terdapat di laman web yang terbuka tanpa perlu dibeli adalah halal. Akan tetapi jika di muat turun melalui ‘hacker’ dengan jalan yang tidak sah, maka haram kerana mengambil hak orang lain tanpa kebenaran. Hendaklah bertaubat dengan tidak mengulangi perbuatan tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 192

message user image